Sponsor By

Apa Itu Orgasme?


Orgasme adalah antara perkara misteri yang belum di rungkai sepenuhnya oleh mereka yang mengkaji mengenai hubungan seks. Orgasme di anggap misteri kerana ia sangat sukar di ramal bila ia akan terjadi dan kenapa ia terjadi.

Walaubagaimanapun kita boleh anggap orgasme adalah destinasi bagi hubungan seks. Jika kedua – dua dari pasangan yang melakukan hubungan seks berjaya mencapai orgasme, maka hubungan seks yang mereka lakukan itu boleh di kategorikan sebagai hubungan seks yang berjaya.

Selain itu, orgasme juga boleh di anggap sebagai kemuncak rasa syahwat. Maksudnya begini, ketika anda melakukan hubungan seks dengan pasangan anda, anda berdua akan rasa bernafsu antara satu sama lain dan dalam masa yang sama anda berdua ingin puaskan nafsu masing – masing. Nafsu anda akan rasa puas apabila anda berdua mencapai orgasme. Ia di anggap sebagai kemuncak rasa syahwat kerana tiada lagi rasa di atasnya. Anda akan rasa puas apabila mencapai orgasme.

Orgasme adalah sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia adalah salah satu cara untuk kekalkan kehidupan yang sihat. Wanita yang banyak mencapai orgasme ketika melakukan hubungan seks akan kelihatan seksi, menarik, cantik dan awet muda manakala lelaki yang berjaya mencapai orgasme dan menjalani kehidupan seks yang sihat akan kelihatan gagah dan rasa segar sepanjang masa. Ini kerana orgasme akan menyebabkan aliran darah mengalir dengan baik di seluruh badan.

Perasaan ketika anda mengalami orgasme adalah anda akan rasa sangat bahagia dan gembira. Namun, kegembiraan dan kebahagiaan itu anda tidak boleh ungkap dengan kata – kata kerana ia sangat sukar hendak di gambarkan. Sebab itu, ramai di antara mereka yang alami orgasme akan menunjukkan reaksi seperti sedang sakit kerana otak mereka sedang mengesan perasaan yang mereka sedang alami tetapi otak mereka tidak berjaya mengesannya.

Baik lelaki atau wanita, kedua – duanya akan keluarkan air mani ketika alami orgasme. Berbeza dengan lelaki, wanita boleh alami orgasme berkali – kali iaitu multiple orgasme. Orgasme adalah sesuatu yang indah di dalam hubungan seks dan sentiasa tekad untuk pastikan diri dan pasangan anda alami orgasme ketika melakukan hubungan seks.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsor by