Sponsor By

GANGNAM STYLE MENIMBULKAN KONTROVERSI UMAT ISLAM!

Baru-baru ini terdapat kontroversi yang timbul berikutan meningkatnya populariti "Oppa Gangnam Style" yang dibawa oleh PSY. Fenomena "Gangnam style" ini tidak lepas dari fitnah tuduhan yang melulu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab! Mereka menyebarkan mesej yang berbaur hasutan dan fitnah ini melalui BBM, SMS, Whatsapp dan banyak lagi. Sila baca teks di bawah.


orang korea sedang menjatuhkan islam di seluruh dunia dengan menggunakan OPPA GANGNAM STYLE !! lagu dan style tu menghina Nabi Muhammad SAW .. astaghfirullah al-azim~ lirik lagu tu ada yang bermaksud ''konon ada binatang burroq, konon boleh sampai langit ke-7'' .. kan baginda naik ke langit menggunakan burroq ?? penyanyi itu juga buat style silangkn tangan dia, kan tanda salib tu ?? ..even baginda pernah cakap, burroq tu sangat laju dan tak same dengan riding kuda, jadi penyanyi itu terpaksa silangkan tangan untuk grip kuat style kuda tu, korang perasan tak ?? boleh membawa kepada murtad !
sebar kn...

#aku tak peduli bende nih sahih ke tak , yang aku tahu , aku sayangkan agama aku ISLAM !! Kalau korang nak marah aku broadcast bende nih , aku tak kesah , cuma aku taknak dipersoal kat akhirat nanti . Daripada layan benda " OGS " baik layan lagu yang korang tahu maksudnya kan ? Marah  ? Alhamdulillah . Tolong delete aku kay .

MM : Tak payah mintak tolong der, orang akan delete ko.. Apa masalah ko dengan "Gangnam Style"? Ko tak pandai menari ala-ala PSY ea?
Ha! Ha! Ha!
Kita semua akui, memang tarian "Gangnam Style" agak kurang sopan dan ia bukan budaya kita sebagai orang islam. Tetapi, mengaitkan tarian itu dengan Nabi junjungan kita adalah tindakan yang sangat biadap dan kurang rasional!

Bak kata pepatah,
Doh, Doh, Ngang, Ngang,
Memang Bodoh, Memang Bangang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsor by