Sponsor By

LAWAN PENJENAYAH DENGAN SEJADAH

SEGAMAT: Dua penjenayah, seorang daripadanya bersenjatakan pisau, lari lintang pukang selepas ditewaskan oleh seorang pelajar sebuah sekolah agama yang hanya menggunakan
sejadah sebagai senjata ketika rumahnya di Bandar Putra, dipecah masuk, hari ini.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa, Abdul Hanan Hasan, 18, yang berseorangan di rumah serta bersekolah di sebuah sekolah agama di sekitar kawasan berkenaan terjaga daripada tidur ketika hendak ke bilik air.
“Selepas solat Isyak, saya terlena di atas sejadah di ruang tamu rumah dan terjaga kerana terasa mahu ke bilik air.
“Saya kemudian ke ruang tamu semula untuk melipat sejadah sebelum berjalan ke arah bilik dan terkejut apabila seorang lelaki tiba-tiba menegur saya sambil mengugut supaya saya menyerahkan wang tunai serta motosikal jika mahu selamat,” katanya.
Abdul Hanan berkata, dia kemudian mencabar lelaki terbabit sebelum penjenayah lingkungan 20-an itu menyerangnya.
“Saya menumbuk mukanya dengan tangan kiri memandangkan tangan kanan masih memegang sejadah menyebabkan dia terjatuh ke lantai.
“Bagaimanapun, tiba-tiba saya dipukul dari belakang dengan topi keledar oleh seorang lagi lelaki. Seorang daripada penjenayah terbabit mengeluarkan pisau dan cuba menikam saya,” katanya.
Abdul Hanan berkata, dia nekad menggunakan sejadah itu untuk menghalang tikaman sebelum berlaku pergelutan di antara mereka.
Menurutnya, dia kemudian berjaya menjatuhkan pisau penjenayah selepas memukul lelaki terbabit dengan sejadah.
Kedua-dua mereka kemudian berlari keluar sebelum memanjat pagar rumah dan melarikan diri.
“Akibat bergelut dengan penjenayah, bahagian belakang badan luka, bahu kiri pula menerima lima jahitan selain calar di bahagian badan lain,”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsor by